Selangor FC mahu penjelasan FAM

Selangor FC mahu penjelasan FAM
Selangor FC mahu penjelasan FAM

Pemain Selangor FC, Alvin Mateus Fortes (kanan) cuba merembat bola ke gawang lawan sambil diasak dengan pemain Negeri Sembilan FC Muhammad Harith Samsuri pada perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia. Foto Bernama

SELANGOR FC menuntut penjelasan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan pada aksi Suku Akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC, Sabtu lalu.

Kenyataan rasmi kelab itu memaklumkan, pihak kelab mengambil maklum mengenai beberapa gambar insiden perlawanan itu yang sedang tular di media sosial, selain desakan daripada pemegang taruh bola sepak Selangor yang mahukan maklum balas segera.

Menurut Selangor FC, satu penilaian penuh secara dalaman telah dilakukan dan permohonan rasmi telah diajukan kepada badan induk bola sepak negara itu menerusi saluran yang ditetapkan.

“Untuk makluman penyokong, pihak kelab sentiasa menggunakan saluran rasmi yang diperuntukkan oleh pihak FAM bagi memohon penjelasan berkenaan keputusan-keputusan pengadil dalam perlawanan terdahulu.

“Justeru, pihak kelab telah memohon penjelasan daripada pihak FAM mengenai beberapa keputusan pengadil, khususnya membabitkan dua jaringan gol yang telah dibatalkan dalam perlawanan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Skuad Gergasi Merah itu turut menaruh kepercayaan bahawa FAM akan memandang serius isu berkenaan dan melakukan penilaian semula terhadap keputusan yang dibuat oleh pegawai perlawanan.

Tegas kenyataan itu lagi, tindakan bersesuaian wajar diambil sekiranya FAM mendapati wujud sebarang kesilapan dalam pengadilan aksi suku akhir berkenaan.

“Selangor FC berharap agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan terus menghormati proses yang disediakan oleh pihak FAM berkenaan dengan perkara ini,” ujar kenyataan itu lagi.

Ringkasan AI

  • SELANGOR FC menuntut penjelasan rasmi dari FAM tentang mutu pengadilan dalam perlawanan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC
  • Kelab ini melakukan penilaian penuh secara dalaman dan telah mengajukan permohonan rasmi kepada FAM
  • SELANGOR FC menggunakan saluran rasmi FAM untuk memohon penjelasan terkait keputusan pengadil, termasuk dua gol yang dibatalkan
  • Skuad Gergasi Merah percaya FAM akan mengambil serius isu ini dan melakukan penilaian semula ke atas keputusan pegawai perlawanan
  • SELANGOR FC mengharapkan agar tiada spekulasi dibuat dan semua pihak menghormati proses yang ditetapkan oleh FAM
Scroll to Top