Selepas 10 Tahun Bersama, Nubhan Ceraikan Isteri

Selepas 10 Tahun Bersama, Nubhan Ceraikan Isteri

Oh! Artis

Nubhan dilaporkan bakal hadir ke Mahkamah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah.


Penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan didakwa telah melafazkan cerai terhadap isterinya Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek selepas 10 tahun berumahtangga.

Memetik laporan Kosmo!, Nubhan bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai yang dibuatnya sekitar Ogos.

Prosiding pengesahan lafaz talak dijalankan esok

Nubhan

Sumber terdekat kepada pasangan ini berkata, Nubhan dan Dr. Afifah tidak lagi tinggal sebumbung dan tiga anak yang masih kecil di bawah penjagaan isteri.

Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah. Bila lafaz cerai itu dibuat kena tanya kepadanya. Mereka berdua akan hadir bersama peguam masing-masing.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Dr. Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader, mengesahkan anak guamnya akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan untuk prosiding sebutan pertama.

Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini. Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.

Datuk Akberdin turut menambah, sebarang maklum balas lanjut mengenai punca perceraian akan diketahui selepas prosiding selesai dijalankan.

Pssttt! Sepuluh tahun bukan tempoh yang singkat, dan pastinya keputusan ini bukan dibuat secara mudah. Apa pun, Oh! Media mendoakan agar kedua-dua pihak tabah menghadapi ujian ini dan segala urusan di mahkamah dipermudahkan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top