Pelakon, Fatin Afeefa mencuri tumpuan ramai selepas menerima hadiah beg tangan berjenama mewah Hermes daripada suami kesayangan, pempengaruh dan usahawan, Aliff Awang.
Menerusi video tersebut, difahamkan Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai menghadiahkan isterinya beg birkin untuk mengambil semula hati Fatin yang merajuk dengannya.
Berdasarkan ruangan komen, ibu anak tiga ini berkongsi perkembangan terkini dengan menyelit guruaan mengatakan dia belum mendapat jam tangan mewah berjenama Rolex lagi.
“Update update: Rolex tak dapat lagi,” tulisnya di ruangan komen video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Fatin beruntung kerana memiliki seorang sosok suami yang bukan sahaja bertanggungjawab, malah juga meraikan isteri.
@mirzanjohor Fatin Afeefa merajuk dapat hadiah Birk!n? Dalam podcast sebelum ni kami ada cerita tentang kisah suami seorang artis wanita yang menghadiahkan beg Birk!n untuk memujuk isterinya. So orang tersebut adalah @aliff_awang dan @fatinafeefa8 ya guys. So, ini rakaman yang dibuat oleh Rabi dan Aisyah sewaktu menghantar beg tersebut kepada Fatin Afeefa. #FatinAfeefa #AliffAwang #Opai #RabiSenrose #AisyahDugem #IconLuxe #MirzanJohor #LuxuryBag
♬ original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my – MirzanJohor l IconLuxe.my




