Trending
Firdaus Wong jelaskan sebab hanya bersuara selepas seminggu isu pelajar pijak al-Quran tular, mahu pastikan fakta tepat sebelum ulas.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung akhirnya tampil menjelaskan sebab beliau hanya bersuara selepas seminggu berhubung isu pelajar yang didakwa memijak al-Quran.
Menerusi hantaran di Threads, beliau menegaskan tindakannya bukan kerana sengaja melengahkan masa, sebaliknya mahu memastikan maklumat yang diterima benar-benar tepat sebelum mengulas
Pertama, saya tahu isu itu tetapi tidak mendalam. Apabila saya tiada masa untuk mengkaji lebih mendalam, saya lebih rela berdiam dari menulis sebagaimana sabda Nabi, berkata baik ataupun diam.
Teliti maklumat sebelum buat kenyataan
Menurut Firdaus, beliau hanya berkesempatan meneliti isu tersebut secara terperinci pada tengah malam sebelum mengeluarkan kenyataan terbuka.
Tambahnya, selepas membaca butiran peribadi individu dikenali sebagai Vikneswaran yang dikongsikan netizen, beliau mendapati maklumat tersebut adalah sama sepenuhnya termasuk nombor telefon.
“Saya bukan jenis gelojoh ulas semua isu” – Firdaus Wong

Firdaus turut menjelaskan kekangan masa yang dihadapinya, termasuk menguruskan isu kuil haram, rampasan reruai oleh DBKL serta komitmen perniagaan.
Ketiga dan mungkin terpenting, saya bukan jenis ‘done enter the scene’ dan gelojoh nak ulas semua isu seperti sesetengah pihak.
Sosial media adalah platform aktivisme saya & saya perlu menulis dengan tanggungjawab & berfakta bukan jenis janji hentam & ada engagement sahaja.
Terdahulu, beliau mendakwa individu terlibat merupakan seorang mualaf dan pernah berhubung rapat dengannya. Namun, tindakannya hanya bersuara selepas seminggu tetap mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen.
Pssttt! Dalam isu sensitif, lebih baik semak dan teliti sebelum bersuara. Reaksi cepat belum tentu tepat, kebenaran perlukan penelitian.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




