Selisih faham, gelandangan maut ditolak rakan ke saluran air

Selisih faham, gelandangan maut ditolak rakan ke saluran air

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perselisihan faham antara dua rakan gelandangan berakhir tragedi apabila seorang lelaki warga asing maut dengan kesan luka di kepala selepas ditolak rakannya ke dalam saluran air, di sini, semalam.

Susulan kejadian itu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar (Rohingya) berusia 27 tahun yang juga rakan mangsa berhampiran Menara UOA Bangsar, di sini, hari ini, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dan mangsa baru saling mengenali kira-kira sebulan lalu dan tinggal di bawah jejambat di Jalan Bangsar.

“Suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu selepas berlaku selisih faham dengan mangsa pada malam kejadian.

“Akibat pertengkaran itu, mangsa ditolak hingga terjatuh ke dalam saluran air di belakang bangunan kedai yang sudah tidak beroperasi dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, dengan penangkapan suspek terbabit, kes berjaya diselesaikan dalam masa 9 jam selepas mangsa ditemui mati.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, seorang lelaki warga asing yang ditemui mati dengan kedan luka di kepala di Persiaran Ara Kiri, Bangsar, di sini, hari ini, disahkan gelandangan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian bunuh itu pada jam 8.03 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 10.21 malam kelmarin membabitkan lelaki berusia lingkungan 40-an yang ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top