“Seluar Pendek Memang Saya Pakai, Cuma Tak Post Media Sosial” 

“Seluar Pendek Memang Saya Pakai, Cuma Tak Post Media Sosial” 

Dikritik susulan perkongsiannya memaparkan dirinya berpakaian seksi, pelakon Liyana Jasmay berkata dia menerima teguran netizen dengan hati terbuka.

Memetik Oh Bulan, Liyana berkata dia mengakui dengan apa yang dikatakan netizen bahawa dia tidak sepatutnya berpakaian seksi serta menerima nasihat diberikan.

BACA: “Dah Tua, Tak Sesuai” – Netizen Tegur Liyana Jasmay Pakai Skirt Pendek 

“Netizen berhak untuk meninggalkan komen dan saya akui apa yang mereka katakan itu benar, tidak sepatutnya berpakaian seksi.

“Saya tidak pernah membalas komen dengan menyuruh mereka berhenti kacau hidup saya atau sebagainya.

“Semua nasihat dan kecaman yang diberikan saya terima kerana saya sedar diri ini pun bukannya baik sangat,” katanya.

Sementara itu, Liyana berkata dia gemar berpakaian seksi namun sebelum ini jarang berkongsikan di media sosial, namun ianya menjadi isu apabila dimuat naik di platform Instagram.

“Saya memang selalu berpakaian begitu, cuma mungkin tidak diketahui ramai. Seluar pendek memang saya pakai, cuma tidak dimuat naik ke media sosial. Baru-baru ini apabila saya kongsikan di Instagram, perkara itu terus jadi isu,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top