Baru-baru ini, tular di TikTok luahan seorang wanita yang kononnya terganggu dengan golongan B40 yang membayar barangan menggunakan Bantuan Tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Dia yang menghabiskan hari cuti dengan shopping barangan dapur terpaksa menunggu lama dan menyifatkan golongan itu buat ‘semak’.
Guna wajah orang lain untuk hina B40?

Namun kini muncul pula pendedahan sebenar daripada seorang wanita yang mendakwa wajahnya digunakan ‘individu’ terbabit.
Seorang pengguna Instagram dari Indonesia, @fajrin.rz menjelaskan bahawa akaun TikTok yang dikenali sebagai @farahdahlia_2002 dan @farahdahlia_20002 sebenarnya adalah akaun palsu yang menggunakan foto dan video miliknya.

Menurut Fajrin, pemilik akaun palsu tersebut memuat naik semua kandungan miliknya dengan menulis kapsyen yang kasar serta menutup ruangan komen agar tidak dikesan.
Katanya lagi, individu terbabit telah membuatkan netizen menyerang akaun sebenarnya, sampai ada yang report!
Fajrin turut merayu agar orang ramai tidak menghantar mesej spam atau komen negatif ke akaun sebenar miliknya kerana semua kenyataan kontroversi itu tidak datang daripada dirinya.
Pssttt! Bahaya betul sekarang ni, orang lain yang buat kesalahan, orang lain pula yang jadi mangsa.
Kredit: Instagram @fajrin.rz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




