
TEHRAN: Wakil Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada Khamis pembunuhan Yahya Sinwar akan membawa kepada pengukuhan ‘penentangan’ Islam terhadap pengganas Israel di rantau Timur Tengah.
“Semangat penentangan akan diperkukuh. Yahya Sinwar akan menjadi model untuk belia dan kanak-kanak yang akan meneruskan jalannya ke arah pembebasan Palestin,” tulis wakil PBB itu dalam catatan di platform X.
“Selagi penjajahan dan pencerobohan pengganas rejim Zionis wujud, pejuang penentangan Islam akan bertahan, kerana (Yahya Sinwar yang mati syahid) masih hidup dan menjadi sumber inspirasi.”
Terdahulu, pengganas rejim Israel mengumumkan pada awal Khamis bahawa tenteranya membunuh pemimpin Hamas itu di Rafah, selatan Gaza.
Sementara Hamas dalam kenyataannya pada Jumaat mengesahkan kematian Sinwar – sehari selepas pengumuman dibuat Israel.
Pegawai kanan Hamas, Khalil Hayya dalam kenyataannya menurut laporan Al Jazeera berkata, Allahyarham Sinwar berkorban dan syahid dalam mempertahankan Palestin sehingga saat-saat akhir hayatnya. -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024







