Sembilan hospital di Iran henti operasi selepas serangan udara

Sembilan hospital di Iran henti operasi selepas serangan udara
Sembilan hospital di Iran henti operasi selepas serangan udara

Keadaan Hospital Gandi di utara Teheran yang mengalami kerosakan teruk susulan serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel pada 2 Mac 2026. Foto Agensi

TEHERAN – Sembilan hospital di Iran terpaksa menghentikan operasi susulan serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Israel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sejak bermulanya konflik semasa, sebanyak 18 jabatan kecemasan dan 25 pusat kesihatan turut mengalami kerosakan, manakala 14 ambulans musnah, menurut laporan agensi berita Iran, Iranian Labour News Agency (ILNA) pada Selasa yang memetik kenyataan Ahli Parlimen Mohammad Jamalian, seorang anggota suruhanjaya kesihatan.

Beliau berkata, jika konflik berterusan, bekalan ubat-ubatan strategik Iran dijangka mencukupi sekurang-kurangnya selama enam bulan, namun mengakui yang beberapa jenis ubat kini sudah mengalami kekurangan.

Menurutnya, prosedur tidak penting seperti pembedahan kosmetik digantung di hospital sehingga dimaklumkan kelak.

Tumpuan kini diberikan kepada rawatan kecederaan akibat serangan udara Amerika Syarikat – Israel serta kes kecemasan lain.

Di seluruh negara, kira-kira 1,400 mangsa yang cedera dilaporkan sedang menerima rawatan sebagai pesakit. – Bernama-dpa

 

 

 

Ringkasan AI

  • Sembilan hospital di Iran terpaksa menghentikan operasi akibat serangan udara AS dan Israel
  • Sebanyak 18 jabatan kecemasan dan 25 pusat kesihatan mengalami kerosakan serta 14 ambulans musnah
  • Bekalan ubat-ubatan strategik Iran dijangka mencukupi selama enam bulan dalam keadaan konflik berterusan
  • Prosedur tidak penting seperti pembedahan kosmetik digantung di hospital
  • Tumpuan diberikan kepada rawatan kecederaan akibat serangan serta kes kecemasan lain
Scroll to Top