Sembilan maut, 11 hilang ribut di Filipina – Utusan Digital

MANILA: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan 11 lagi hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di beberapa perkampungan di Filipina.

Ribut Tropika Kompasu membadai kepulauan Luzon semalam ketika bergerak menuju ke Laut China Selatan.

Empat orang terbunuh akibat tanah runtuh di wilayah Benguet dan seorang lagi lemas di wilayah Cagayan.

Tujuh orang turut dilaporkan hilang di Luzon.

Jurucakap polis Cagayan, Rogelio Sending berkata, sebanyak 11 kawasan dinaiki banjir di wilayah tersebut.

Selain itu, beberapa lebuh raya dan jambatan turut dinaiki air, namun banjir mula surut pagi ini. – AFP