“Semoga Allah Ganjari Mereka Dengan Pahala Besar” – Datuk Dr Zulkifli Puji Sikap Pemaaf Keluarga Mangsa Rempuhan

“Semoga Allah Ganjari Mereka Dengan Pahala Besar” – Datuk Dr Zulkifli Puji Sikap Pemaaf Keluarga Mangsa Rempuhan

Trending

Ucapan takziah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri buat Nur Fatimatul Hawa menyentuh hati.


Pemergian Nur Fatimatul Hawa terus mengundang rasa hiba ramai pihak, termasuk tokoh agama terkenal, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tampil berkongsi ucapan takziah penuh menyentuh hati.

BACA: “Tiada Siapa Mahu Langgar Orang Dengan Sengaja” – Ibu Saudara Nur Fatimatul Hawa Maafkan Guru

Perkongsian tersebut bukan sahaja mendoakan arwah, malah mengajak semua untuk kembali kepada sikap reda dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Dr Zulkifli ucap takziah

Fatimatul Hawa

Dalam perkongsian itu, beliau meluahkan rasa sedih selepas menerima berita kematian arwah yang berlaku secara mengejut.

Mendengar berita kematian anakanda Nur Fatimatul Hawa ketika sedang memakai stokin selepas selesai solat Zohor berjemaah amat menyayatkan hati. Kami katakan, takdir Allah menjadikan hal tersebut membawa kita kepada sikap reda, dan semoga Allah menempatkan beliau sebagai anak syurga serta bersama para solehin.

Beliau turut mengingatkan keluarga agar bersabar dan mengamalkan doa yang diajar Rasulullah SAW ketika ditimpa musibah.

اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya.”

Dalam masa sama, beliau turut memuji sikap ibu bapa mangsa yang memilih untuk memaafkan walaupun berdepan kehilangan besar.

Sikap yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapa yang mengatakan, “Saya maafkan. Lagipun banyak kali cikgu memohon maaf,” adalah sifat yang amat terpuji dan lebih dekat kepada ketakwaan. Semoga Allah mengganjari mereka dengan pahala yang besar.

Beliau juga berkongsi satu lagi peringatan tentang hakikat kehidupan yang semuanya milik Allah SWT.

إِنَّ لِلَّهِ مَا أَخَذَ، وَلَهُ مَا أَعْطَى، وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأَجَلٍ مُسَمًّى، فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT apa yang Dia ambil, dan milik-Nya jualah apa yang Dia berikan. Segala sesuatu di sisi-Nya mempunyai tempoh masa yang tertentu. Maka bersabarlah, nescaya kamu akan mendapat ganjaran.”

Perkongsian itu diakhiri dengan doa agar semua yang terkesan dengan tragedi ini diberikan keampunan dan kekuatan.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا، اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِسْلَامِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِيمَانِ، اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampuni orang yang hidup di antara kami dan orang yang meninggal dunia di antara kami… janganlah Engkau halangi kami daripada pahalanya dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya.”

Pssttt! Dalam situasi kehilangan yang begitu menyentuh hati ini, kata-kata dan doa seperti ini sedikit sebanyak memberi kekuatan buat keluarga mangsa. Memaafkan mungkin bukan mudah, tapi itulah jalan yang paling dekat dengan ketenangan. Semoga keluarga arwah terus tabah dan diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Kredit: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri 
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top