Bekas suami kepada pelakon popular, Nora Danish iaitu Nedim Nazri mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan istimewa sempena sambutan hari lahir aktres itu baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di ruangan Instgaram Story miliknya, Nedim atau Boss Ned mendoakan agar Nora sentiasa dikelilingi ketenangan dan insan yang baik dalam kehidupannya.
“On your birthday, i hope you feel surrounded by calm and kindness.
“Wishing you a day as calm and lovely as you are. Daddy, Dre and Ney,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Sebelum ini, Boss Ned menerusi hantaran di platform sama menyatakan pendiriannya untuk sentiasa melindungi dan mempertahankan bekas isterinya itu selepas terpalit dengan isu kontroversi.
Ia susulan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia masih belum ‘move on’ daripada perkahwinan mereka.




