Selebriti terkenal, Abby Abadi meluahkan rasa syukur apabila membaca berita tentang anak perempuannya, Marissa Dania yang memaklumkan bahawa sedang dalam proses bercerai dengan Ahmad Aslam.
Selesaikan cepat masalah
Menerusi hantaran di Insta Story, Abby memohon agar urusan tersebut segera selesai dan anak tersayang cepat keluar dari mimpi ngeri tersebut.
“Alhamdulillah, semoga selesai dengan cepat! Keluarlah cepat dari mimpi ngeri,”
“Tolong aminkan ye,” tulisnya.

Nasihat Marissa perbaiki kekurangan
Dalam pada itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan turut menitipkan pesanan buat Marissa dengan meminta anaknya supaya memperbaiki kekurangan diri selepas ini.
“Perbaiki apa yang kurang ye dik. Kena lalui hari-hari kelam untuk dapat yang lebih indah lepas ini,” ujarnya lagi.

Perkongsian tersebut dibuat selepas Marissa Dania berkongsi kenyataan di Insta Story memaklumkan tentang keputusan mahkamah berkenaan lafaz cerai dan rujuk dirinya dengan Ahmad Aslam.
Dia juga menjelaskan bahawa mereka kini dalam proses berpisah dan meminta ruang untuk menyelesaikan masalah ini.
Marissa turut memohon supaya semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan dan sebarang kesimpulan ataupun andaian berkenaan rumah tangganya.

Terdahulu, Aslam dan Marissa telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.
Ammar memaklumkan Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025.
Walau bagaimanapun, pasangan itu difahamkan kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.
Aslam juga telah membuat video menjelaskan bahawa mereka sudah menerima sijil pernikahan yang sah dan perkahwinan tersebut didaftarkan.
Sumber: Instagram abbyabadi _112




