Lama tak dengar khabar tentang Saiful, bekas peserta Malaysia Idol musim pertama, kini namanya kembali menjadi bualan hangat di media sosial.
Penyanyi kelahiran Sarawak ini pernah mencuri perhatian sebelum ini apabila tampil dengan imej feminin dan kali ini penampilannya nyata lebih mengejutkan ramai pihak.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Saiful dilihat berpenampilan sepenuhnya seperti wanita.
Dengan rambut lurus paras bahu dan bentuk tubuh menyerupai wanita termasuk bahagian dadanya, penampilannya membuatkan ramai netizen tergamam.
Masih hebat menyanyi, netizen rindu suara Saiful
Video tersebut menunjukkan Saiful duduk sambil menyanyikan lagunya yang popular suatu ketika dahulu, Ku Juga Mencintaimu, di hadapan sekumpulan individu yang mengelilinginya.
Walaupun ramai terkejut dengan penampilan terbarunya, netizen tetap tidak menafikan bakat vokalnya yang masih mantap.
Serious la ini rupa terbaru dia? Tapi vokal tetap sedap ye.
Penampilan dan suara Saiful sekali lagi membuktikan bahawa bakat seni tidak akan pudar walaupun bertahun tidak muncul di kaca TV.
Pssttt! Saiful salah seorang peserta rancangan realiti yang menyerlah sangat dulu kan? Maklumlah comel dan bermuka jambu. Tak sangka dah berubah sepenuhnya.
Kredit: –
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.