Meskipun sebelum ini menerima kritikan berhubung kenyataannya mengenai ‘baru sahaja bercerai’, pelakon dan penyanyi jelita, Fazura bagaimanapun tetap mendapat sokongan daripada peminatnya.
Menerusi hantaran di platform Threads, peminat pelantun lagu Sayangi Dirimu itu menganggap ujian yang dilalui Fazura sebelum ini bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk terus ‘move on’.
Malah, ramai yang menyifatkan tindakan Fazura memilih ketenangan berbanding ‘drama’ bukanlah satu kelemahan sebaliknya itu adalah tanda untuk tumbuh lebih cemerlang.
Sedar dengan kata-kata positif yang diberikan peminat terhadapnya Fazura bagaimanapun sempat membalas komen tersebut sekaligus mengucapkan terima kasih terutamanya kepada mereka yang bergelar ibu tunggal.
“Terima kasih, sending love to all single moms. Anda insan luar biasa,” balasnya.