am@hmetro.com.my
Besut: Seorang lelaki yang dalam perjalanan menunaikan solat Subuh berjemaah di sebuah surau meninggal dunia selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum dia terjatuh ke longkang di Kampung Gong Kepas Dalam, di sini, hari ini.
Jasad Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, yang menunggang Yamaha Ego LC ditemukan orang awam, jam 7.50 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Alor Jernih.
“Mangsa dipercayai terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh ke longkang yang dipenuhi air, kira-kira jam 6.15 pagi.
“Mayat di bawa ke Hospital Besut untuk proses selanjutnya,” katanya dihubungi, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
tamat
© New Straits Times Press (M) Bhd




