Sempadan Sarawak-Kalimantan diceroboh PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuching: Empat lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir keluar selepas ditangkap di sempadan Sarawak-Kalimantan. Keempat-empat PATI terbabit semasa diperiksa didapati berasal dari Entikong, Indonesia.

Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia menerusi kenyataan berkata mereka cuba memasuki negeri ini melalui jalan tikus di Tebedu, Serian sekitar jam 9 malam Jumaat.

Katanya, sepasukan anggota yang sedang menjalankan rondaan di sempadan Sarawak-Kalimantan berjaya mengesan mereka yang ingin ke Sibu untuk bekerja namun diusir keluar dari Malaysia selepas laporan dibuat di Balai Polis Tebedu dalam kenyataan itu.

Jelasnya juga, Tentera Darat Malaysia (TDM) komited mengawal kedaulatan sempadan negara dengan memastikan tiada cubaan memasuki negeri ini sacara haram serta kegiatan jenayah rentas sempadan.

“TDM sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi sempadan negara,” katanya.

Malay News
Farah Fauzi