SEMSAS raja hoki Pahang

SEMSAS raja hoki  Pahang

sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 2-0 untuk muncul juara kategori lelaki Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Pahang di Stadium Hoki Wisma Belia, di sini semalam.

Gol pemusnah skuad bimbingan jurulatih, Mohammad Ifzul Hayat Ahman disumbang Shamiel Fahmie Mohamad Nazri pada babak pertama dan jaringan kedua oleh Mohamad Qadirul Iqbal Jasrul Asri di penghujung perlawanan.

Mohammad Ifzul berkata, gandingan pemain baru dan lama menjadi kelebihan kepada SEMSAS untuk menjulang kejuaraan pada saingan kali ini.

Katanya, untuk menghadapi kejohanan kali ini SEMSAS mengadakan persiapan sejak awal tahun dengan berlatih setiap minggu dan hasilnya dapat dilihat apabila pasukannya berjaya menjulang kejuaraan.

Dalam kategori perempuan pasukan INTEK muncul juara selepas menewaskan SEMSAS 1-0.

© New Straits Times Press (M) Bhd