“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

“Semua Bride Nak Nampak Cantik, Bukan Nak Masuk Competition Baju Siapa Paling Lawa” – Elfira Loy

Isu kontroversi melibatkan busana pengantin adik kepada pelakon Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy dan cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, Ally Mukhriz masih menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Mengenakan busana berona biru dengan padanan manik berwarna merah jambu, hasil rekaan Samm Republic, rekaan baju tersebut bagaimanapun menerima pelbagai respons yang mendakwa baju rekaan tersebut sama dengan rekaan busana dari Fiziwoo milik Ally.

 

Sedar dengan isu yang timbul, Elfira bagaimanapun tampil mempertahankan adiknya mengenai isu sindiran tersebut.

Kata Elfira menerusi komen balas yang ditinggalkan, setiap pengantin mahukan yang terbaik apatah lagi mahu kelihatan cantik ketika hari persandingan berlangsung.

Sekaligus, menepis dakwaan kononnya isu yang timbul bukanlah untuk bertanding tentang baju kahwin siapa yang paling lawa.

“Michael Cinco is a legend. Saya sentiasa menyukai rekaannya. Dan mendapatkan rekaan yang hampir sama sepertinya terutamanya dibahagian gaun yang dipadankan dengan manik bunga pad abahagian tengah memang sangat cantik.

“What a joy killer. Patutlah kawan dengan…

“Apapun, tujuan dia nak nampak cantik je. Semua bride nak nampak cantik.

“Bukan nak masuk competition baju kahwin siapa paling lawa dan nombor satu,” jelasnya.

 

Scroll to Top