Semua PPS di Machang ditutup, mangsa banjir di Kelantan turun

Semua PPS di Machang ditutup, mangsa banjir di Kelantan turun

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Machang ditutup sepenuhnya hari ini selepas 957 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing susulan banjir semakin pulih.

Susulan itu, jumlah mangsa banjir di Kelantan juga terus menurun kepada 46,863 orang setakat 2.30 petang ini berbanding 58,141 orang pagi tadi.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 14,891 keluarga berlindung di 101 PPS di tujuh daerah iaitu Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas adalah seramai 24,074 orang daripada 7,879 keluarga di 46 PPS, diikuti Tumpat (21,086 mangsa, 6,570 keluarga di 46 PPS) dan Bachok (992 orang daripada 237 keluarga di empat PPS).

Mangsa banjir Kota Bharu (413 orang, 113 keluarga di satu PPS), Kuala Krai (175 orang daripada 62 keluarga di satu PPS), Pasir Puteh (68 orang daripada 16 keluarga di dua PPS) dan Tanah Merah (55 orang daripada 14 keluarga di satu PPS).

Tamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top