Semuanya rentung termasuk enam motosikal, kereta

Semuanya rentung termasuk enam motosikal, kereta

am@hmetro.com.my

Baling: Dua keluarga di Kampung Padang, Mukim Ulu Bakai, di sini, gagal menyelamatkan harta benda selepas kediaman mereka serta sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.28 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Baling diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nor Azizi Othman bergegas ke lokas.

“Operasi pemadaman turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Kulim dengan sebuah jentera.

“Kebakaran itu memusnahkan sebuah bengkel motosikal di bahagian hujung rumah berkembar. Api turut memusnahkan enam motosikal pelbagai model dan sebuah kereta.

“Kedudukan pili bomba yang jauh menyukarkan kelancaran operasi apabila jentera kehabisan air dan terpaksa mengisi air semula di pili bomba berhampiran masjid sejauh satu kilometer (km), ” katanya.

Zulkhairi berkata, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan mangsa.

“Kesemua mangsa sempat melarikan diri termasuk seorang wanita warga emas. Mangsa tidak sempat menyelamatkan sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top