Senang Sakit Bila Puasa? Maybe Badan Kurang Vitamin, Pastikan Korang Berbuka Dengan Hidangan INI! | Branded – Oh! Media

Senang Sakit Bila Puasa? Maybe Badan Kurang Vitamin, Pastikan Korang Berbuka Dengan Hidangan INI! | Branded – Oh! Media

Perasan tak bila berpuasa ni, ada segelintir antara kita yang mudah sangat hilang fokus dan sakit ringan seperti selsema atau sakit kepala. Sementara nak berbuka, jelas muka tu paling lesu. Ramai yang ingat orang macam ni mengada-ada atau lemah. Tapi tidak ya!

Disebabkan ketahanan diri setiap orang adalah berbeza jadi bila berpuasa badan kita bukan saja lapar, tapi kehilangan tenaga dan nutrien. Kemungkinan paling besar mereka yang mempunyai simptom seperti di atas, tidak mendapat nutrien secukupnya yang diperlukan tubuh.

Jadi sebab itulah pilihan makanan dan minuman yang diambil waktu berbuka sangat PENTING untuk badan kita ‘recharge’ semula..

Tegukan Pertama = Masa Untuk TOP UP Tenaga

Bayangkan lepas hampir 13 jam tanpa makanan dan minuman, tubuh semestinya memerlukan hidrasi, vitamin dan nutrien. Lebih tepat ia memerlukan sesuatu yang dapat membantu mengembalikan tenaga secara lebih seimbang.

Sebab itu pemilihan minuman waktu berbuka sangat memainkan peranan. Pilihan yang lebih rendah gula membantu elak rasa terlalu berat atau cepat mengantuk selepas makan.

Sebagai contoh, MARIGOLD PEEL FRESH, bukan sahaja menyegarkan, malah ia mempunyai kebaikan jus sebenar kerana ia lebih rendah gula dan sesuai dinikmati selepas seharian berpuasa.

Bila tenaga kembali secara perlahan, badan pun lebih selesa untuk teruskan aktiviti. Barulah rasa lebih semangat nak beribadah, kan?

Tinggi Vitamin Bantu Boost Up Imuniti!

Ramadan bukan saja bulan ibadah, tapi bulan kita banyak berkumpul. Masa inilah ada iftar pejabat, berbuka dengan keluarga besar, reunion kawan lama serta nak buat persiapan Raya.

Bila kerap berkumpul, sistem imun badan kena berada pada tahap terbaik.

Sebab itu, penting untuk pilih minuman yang mengandungi Vitamin A, C dan E serta antioksidan. Nasib baik semua ni ada dengan MARIGOLD PEEL FRESH.

Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imun badan, Vitamin A pula penting untuk kesihatan sel dan fungsi tubuh manakala Vitamin E bertindak sebagai antioksidan yang membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif.

Gabungan vitamin dan antioksidan ini membantu menyokong keperluan nutrien harian kita, terutamanya selepas badan seharian berpuasa. 

Inilah yang menjadikan MARIGOLD PEEL FRESH bukan sekadar minuman biasa, tetapi pelengkap juadah berbuka yang membantu isi semula nutrien, vitamin dan tenaga.

So, kalau ada gathering nak berbuka puasa pastikan korang bawa MARIGOLD PEEL FRESH untuk kongsi kebaikan bersama keluarga dan kawan-kawan.

MARIGOLD PEEL FRESH Pelengkap Juadah Berbuka Puasa Sekeluarga

Ramadan datang setahun sekali, jadi pastikan setiap kali waktu berbuka bukan sekadar hilang dahaga, tapi benar-benar bantu badan ‘top up’ semula tenaga dan nutrien.

Lagi best, MARIGOLD PEEL FRESH menawarkan banyak variasi rasa dengan kebaikan jus buah sebenar. Hanya perlu pilih ikut citarasa korang nak oren, mangga, jambu batu dan banyak lagilah!

Kalau nak kekal sihat dan lebih bertenaga sepanjang Ramadan, mungkin sudah tiba masanya untuk jadikan MARIGOLD PEEL FRESH  sebagai pelengkap juadah berbuka puasa.

BIla badan cukup nutrien, kita pun lebih fokus, lebih cergas dan lebih bersedia untuk manfaatkan setiap malam Ramadan. Maklumat lanjut tentang MARIGOLD PEEL FRESH MY, ikuti mereka di Facebook, Instagram atau KLIK DI SINI.

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top