Senarai calon BN sudah lengkap, diumumkan bila-bila masa sahaja

Senarai calon BN sudah lengkap, diumumkan bila-bila masa sahaja

am@hmetro.com.my

Masjid Tanah: “Senarai calon BN sudah lengkap, akan diumumkan bila-bila masa sahaja,” kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau tidak akan mengambil masa lama untuk mengumumkan calon BN memandang hari penamaan calon semakin hampir.

“Insya-Allah semua (senarai calon) dah siap. Kita akan beritahu dalam masa yang terdekat… bila-bila masa,” katanya selepas menghadiri Program Sembang Santai Geng E-Hailing dan P-Hailing di Kampung Pulau, di sini, malam ini.

Beliau turut menolak dakwaan pengumuman nama calon BN akan dibuat pada 24 Oktober ini.

“Siapa kata (24 Oktober)? Tanya orang yang berkata, bukan dari saya,” katanya.

Beliau berkata, persiapan BN kini memasuki fasa akhir, termasuk rundingan dengan parti gabungan bagi memuktamadkan kerjasama dan pembahagian kerusi yang akan ditandingi.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, sekali gus membentuk kerajaan negeri secara bersendirian sebelum pentadbiran negeri turut disertai Pakatan Harapan (PH).

Ab Rauf berkata, hasil rundingan bersama gabungan parti juga akan diumumkan menjelang hari penamaan calon.

“Hasil rundingan akan diberitahu di meja rundingan terakhir dalam masa terdekat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top