Sensasi Pei Kee-Mei Xing di China

Sensasi Pei Kee-Mei Xing di China
Mei Xing (kiri) dan Pei Kee mengalahkan pasangan Jepun dalam aksi pusingan kedua Terbuka China di Changzhou pada Khamis. Foto Agensi

Mei Xing (kiri) dan Pei Kee mengalahkan pasangan Jepun dalam aksi pusingan kedua Terbuka China di Changzhou pada Khamis. Foto Agensi

BEREGU wanita negara, Go Pei Kee–Teoh Mei Xing melakar kejutan apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China sebentar tadi.

Pasangan negara yang kini menghuni tangga ke-22 dunia itu mengejutkan gandingan dari Jepun, Rin Iwanaga–Kei Nakanishi dalam pusingan kedua kejohanan berstatus Super 1000 yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Pei Kee–Mei Xing bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum memenangi set pertama dengan keputusan 26-24.

Mereka kemudiannya mengendurkan permainan dan menyerahkan set kedua kepada Iwanaga–Nakanishi dengan keputusan 7-21.

Namun, pasangan negara itu bangkit memperkemaskan aksi pada set penentuan untuk mengesahkan kemenangan 21-18, sekali gus menamatkan perlawanan dalam tempoh 63 minit.

Cabaran getir menanti Pei Kee–Mei Xing di peringkat suku akhir apabila bakal berdepan pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan–Zhang Shu Xian pada Jumaat.

Berdasarkan rekod pertemuan, pasangan negara belum pernah menewaskan lawan yang kini berada di ranking ketujuh dunia itu dalam tiga pertemuan terdahulu.

Scroll to Top