DIBERI jolokan ‘telefon magik’, HONOR Magic6 Pro merupakan peranti pintar mercu yang menampilkan pelbagai ciri yang mengagumkan.
Namun, kejayaan ini bukan sahaja mengenai satu peranti malah ia adalah kisah perjalanan HONOR yang berjaya keluar daripada bayangan HUAWEI dan muncul sebagai peneraju dalam inovasi telefon pintar dengan menampilkan teknologi hebat dari HONOR Magic6 Pro.
Ini termasuk menggunakan teknologi HONOR NanoCrystal Shield pada skrin peranti yang sepuluh kali ganda tahan lasak berbanding kaca biasa.
HONOR Magic6 Pro turut dilengkapi bateri karbon silikon 2.0 berkapasiti 5600mAH, memberikan jangka hayat panjang pada peranti walaupun dalam cuaca sejuk, sambil mengekalkan reka bentuk nipis.
Ini sekali gus menjadikan HONOR Magic6 Pro peranti dengan bateri terbesar yang boleh didapati pada telefon mercu arus perdana.
Selain itu, telefon pintar ini juga hadir dengan kamera tele-falcon HONOR 180MP yang mana pengguna kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada imej zum yang kabur dan tidak jelas.
Dengan sistem Falcon Capture, pengguna dapat mengambil gambar objek yang bergerak pantas dengan jelas dan terperinci walaupun selepas dizum dekat.
Tidak ketinggalan, HONOR Magic6 Pro turut dilengkapi inovasi AI dikenali ‘Magic Portal’ menjadikan fungsi kompleks lebih mudah diakses hanya dalam satu langkah.
Kesemua ciri pada HONOR Magic6 Pro ini membuktikan fokus HONOR pada pengalaman pengguna yang melangkaui spesifikasi mengagumkan.
Memenangi hati rakyat Malaysia

Sejak bernaung di bawah jenama sendiri pada tahun 2020, HONOR menubuhkan barisan pengeluaran tempatan, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkongsian dengan pemain utama seperti Google, Microsoft, Qualcomm, pengendali telekomunikasi dan peniaga.
HONOR juga telah membuka 70 buah kedai di seluruh Malaysia dalam masa tiga tahun dan terbaharu kedai di bangunan Tun Razak Exchange (TRX) akan dibuka tidak lama lagi.
Lebih membanggakan, tiga telefon pintar HONOR berjaya memasuki ‘Top 10 Google Trend’ di Malaysia dengan HONOR X9b berada di kedudukan kedua.
HONOR turut mendapat pengiktirafan industri apabila majlis pelancaran global HONOR Magic6 Pro dihadiri Presiden Qualcomm, Cristiano Amon yang memuji kerjasama antara Qualcomm dan HONOR pada AI.
Kerjasama ini menonjolkan ciri inovatif ‘Magic Portal’ HONOR Magic6 Pro, mempamerkan bagaimana AI akan merevolusikan pengalaman pengguna telefon pintar.
Selain itu, reka bentuk Porsche bagi HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Pro RSR turut mengukuhkan lagi kedudukan HONOR sebagai pemain utama industri.

Dibina atas keutamaan pengguna
HONOR berpegang kepada prinsip ‘consumer-centricity’ dan sentiasa melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Pada masa ini, sebanyak 60 peratus daripada 13,000 orang pekerja HONOR adalah kakitangan R&D dan berfungsi sebagai enjin inovasi, memacu kemajuan teknologi HONOR.
Daripada pelancaran HONOR Magic4 Pro hingga HONOR Magic6 Pro, setiap peranti mendapat sambutan memberangsangkan daripada rakyat Malaysia dengan HONOR Magic5 Pro mendapat tempat pertama dalam segmennya.
Pada mulanya, sesetengah pengguna memberikan maklum balas tentang pengoptimuman sistem yang tidak mencukupi bagi HONOR Magic4 Pro dan HONOR segera menangani dengan mengemas kini perisian.
Pada tahun berikutnya, selepas pelancaran HONOR Magic5 Pro, HONOR secara aktif mendapatkan maklum balas daripada pengguna Beta yang telah direkrut dan mengoptimumkan sistem terlebih dahulu, meminimumkan isu pengguna.
Dengan HONOR Magic6 Pro pula, HONOR sekali lagi bekerjasama dengan komuniti fotografi Malaysia bagi memperhalusi algoritma pengoptimuman produk.
Pra tempah HONOR Magic6 Pro

Alami pengalaman terbaik HONOR Magic6 Pro pada harga RM4,499 dan pra tempah mulai 20 sehingga 27 Mac 2024 dengan deposit serendah RM66.
Pelanggan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM1,960 termasuk rebat deposit sebanyak RM330, HONOR Watch 4, HONOR Earbuds X6, setahun jaminan lanjutan dan penggantian retak skrin depan dan belakang untuk 365 hari.
Kunjungi kedai HONOR berdekatan atau layari https://www.hihonor.com/my/ untuk mengetahui lebih lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




