'Seorang anak cukuplah' – Cristina Suzanne

'Seorang anak cukuplah' – Cristina Suzanne

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Cristina Suzanne, 40, bersyukur walaupun hanya dikurniakan seorang anak, Adrian Noah Faiz, 6, yang melengkapkan kebahagiaan rumah tangga dengan suami, M Faiz Zakaria.

Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill berkata, apatah lagi usianya sudah mencecah 40-an dan disifatkan sudah tua untuk dia menambah lagi ahli keluarga baharu.

“Sebenarnya saya memang nak anak seorang saja. Kita memang ‘plan’ (rancang) nak anak seorang saja, cukup! Ada anak seorang pun kita dah bahagia dah.

“Memang niat kita, nak satu sahaja (anak). Tapi, kita rasa seronoklah jaga anak sendiri. Dia (anak) ada juga tanya kenapa tak ada adik macam kawan-kawan lain, tapi Noah tetap ‘happy’ sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Cristina, di rumah pun dia bersama suami memang ada masa diluangkan untuk bermain dengan anak seperti main tembak-tembak, Lego, melukis dan sebagainya bersama.

“Jadi, bila nak ada masanya untuk diri sendiri, semuanya untuk anak. Sekiranya ada masa boleh jaga sendiri (anak), kita jagalah. Tapi mana tahu kalau tiba-tiba kita dah tak boleh jaga anak, maka terpaksalah beri orang gaji masa itu.

“Cuma kalau boleh, kita tak naklah (anak diurus orang lain). Sebab kita bila tengok berita (dilaporkan) dalam peti ais, kena cubit, jadi tak naklah. Kita pun tahu perangai anak macam mana?

“Lagi-lagi yang kecil-kecil itu, nangis-nangis ke, nasi tumpah atas lantai ke, biar kita sebagai ibu ini yang buat semua itu. Lagi pun, saya ada seorang sahaja anak.

“Kita tak ada anak nombor dua ke tiga. Itu sajalah pengalaman kita ada jaga anak. Lepas itu, tak ada dah. Kita pun tak boleh ada anak lagi, dah tua. Kita pun dah umur 40 dah,” katanya.

Cristina bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya iaitu M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor pada 31 Mac 2018 dan memperlahankan karier seni selama dua tahun selepas melahirkan anak.

Ditanya juga perkembangan karier lakonannya, Cristina memaklumkan dia masih ingin berlakon tetapi bergantung pada rezeki jika watak iru sesuai buatnya.

Kata pelakon filem Babah ini, apa yang pasti dia tidaklah bersikap begitu memilih hanya hendak berlakon filem sahaja kerana tawaran membintangi drama pun sedia dipertimbangkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top