Sepatutnya letak jawatan menteri sekali – Dr Akmal Saleh

Sepatutnya letak jawatan menteri sekali – Dr Akmal Saleh

rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan keluar parti, supaya melepaskan jawatannya sebagai menteri.

Beliau menyifatkan tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu meletakkan jawatan dalam parti adalah berita gembira kepada orang Umno.

“Sepatutnya letak jawatan menteri sekali. Orang Umno terlalu gembira dengan berita ini.

“Datang tidak diundang, pergi pun tidak dikesali,” tulisnya menerusi hantaran di laman sosial rasminya, malam ini.

Selain itu, Dr Muhamad Akmal berharap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat menerima permohonan masuk Tengku Zafrul ke dalam parti berkenaan, sekali gus membuktikan setia persahabatan antara kedua parti itu.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli Umno.

Beliau menerusi satu kenyataan memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan.

Tengku Zafrul letak jawatan Umno, mohon sertai PKR

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top