“Serabut tengok kerusi juri” -Baju ‘toto narita’ Aina Abdul buat netizen sakit hati?

“Serabut tengok kerusi juri” -Baju ‘toto narita’ Aina Abdul buat netizen sakit hati?

Penampilan juri program Big Stage 5, Aina Abdul sememangnya kerap menjadi sorotan lebih-lebih lagi fesyen-fesyen yang digayakannya.

Jika minggu-minggu dia dikatakan menghalang pandangan orang yang duduk di belakangnya kerana turban dipakai begitu tinggi, minggu ini dia tampil lebih mengejutkan apabila memakai busana seolah-olah toto yang sering digunakan di rumah.

Penampilan pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani pastinya mendapat kecaman netizen yang kurang senang dengan busana yang digayakan.

Mana tidaknya, selain dari menyamakan dengan toto narita, mereka juga meminta agar pelantun lagu Semalam itu tidak terlalu berekspresi dalam fesyen sewaktu menjuri kerana boleh mengganggu fokus utama program.

Mereka juga sepertinya sakit hati apabila melihat kerusi juri yang begitu serabut apabila baju toto narita Aina memenuhi ruangan penjurian.

Walaupun penyanyi berusia 30 tahun itu mendapat pelbagai komen negatif berhubung pakaiannya yang disamakan dengan toto narita, namun dia menyatakan yang busana berkenaan sangat selesa sambil menyertakan emoji gambar katil.

Untuk rekod, Aina Abdul bersama Ajai dan seorang lagi juri jemputan akan memberikan markah kepada setiap peserta yang bertanding di pentas Big Stage 5.

Malam tadi, Datuk Syafinaz Selamat bertindak sebagai juri jemputan dan Ceddy Ang merupakan presiden netizen yang mewakilkan suara peminat di media sosial.

Big Stage 5 telah bersiaran di Astro Ria dan Astro Go setiap hari Ahad selama 10 minggu jam 9 malam.

Sumber: Instagram Aina Abdul, Twitter joulcapik