
Tunku Ismail, Ab Ghani dan Yseow Suan selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di Iskandar Puteri pada Selasa
KEPUTUSAN permohonan rayuan Kelantan FC akan diserahkan sepenuhnya kepada First Instance Body (FIB) sama ada layak diberikan Lesen Kebangsaan kepada pasukan berkenaan.
Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya telah menerima rayuan daripada kelab Pantai Timur itu beberapa hari sebelum tamat tempoh rayuan yang berakhir pada Isnin.
“Kita telah menerima dokumen-dokumen daripada skuad The Red Warriors (TRW) bagi memperoleh lesen itu bagi membolehkan mereka terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
“Bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada FIB untuk membuat penilaian secara rapi sebelum memberikan kata putus,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 di sebuah hotel di sini pada Selasa.



