Serangan Israel kena sekolah di selatan Iran, 51 pelajar terkorban

Serangan Israel kena sekolah di selatan Iran, 51 pelajar terkorban

Tehran: Serangan Israel ke atas Iran hari ini disasar ke sebuah sekolah di wilayah Hormozgan, selatan Iran berhampiran laluan laut strategik Selat Hormuz.

Maklumat awal pegawai wilayah yang dilapor media kerajaan mendapati 24 pelajar terkorban akibat serangan itu.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, gabenor daerah memaklumkan angka korban meningkat kepada 51 orang.

“Dalam serangan peluru berpandu Israel pagi ini ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di daerah (Minab), 51 pelajar setakat ini telah terbunuh dan 60 pelajar telah cedera,” kata gabenor daerah itu menurut televisyen kerajaan.

Israel dan Amerika Syarikat (AS) hari ini memulakan serangan ke atas Iran dengan Israel menggelarnya sebagai ‘serangan pencegahan’ manakala, AS berkata ia berobjektif mempertahankan rakyat Amerika dengan menghapuskan ancaman segera daripada rejim Iran.


Berita Berkaitan

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top