Serangan teknologi baharu di Lubnan: Iran kecam penyokong Israel

Serangan teknologi baharu di Lubnan: Iran kecam penyokong Israel
Serangan teknologi baharu di Lubnan pada Selasa dan Rabu menyasarkan anggota pejuang Hizbullah, namun ramai penduduk awam turut menjadi mangsa. (FOTO: Arab News)
– Advertisement –

TEHRAN: Iran mengecam sekeras-kerasnya penyokong Zionis Israel, susulan tragedi serangan teknologi baharu di Lubnan yang menyebabkan peranti alat kelui meletup di seluruh Lubnan pada Selasa, sebelum  negara itu digemparkan pada Rabu apabila walkie talkie, komputer riba, radio meletup menyebabkan puluhan maut dan beribu-ribu yang lain cedera.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata, penyokong Zionis Israel di negara-negara Barat harus merasa malu selepas alat kelui (atau ‘pagers’) milik kumpulan pejuang Hizbullah meletup dalam serangan maut yang dikatakan didalangi oleh pihak Israel.

– Advertisement –

““Negara-negara Barat dan Amerika Syarikat menyokong penuh jenayah, pembunuhan dan pembunuhan sesuka hati oleh rejim Zionis,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, lapor Al Arabiya.

Antara yang mengalami kecederaan dalam letupan alat kelui pada Selasa itu ialah Duta Besar Iran ke Lubnan, Mojtaba Amani, dengan media Iran melaporkan beliau mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Dalam kejadian pada Selasa, 12 mangsa maut  danhampir 3,000 yang lain cedera,; manakala dalam insiden pada Rabu, sekurang-kurang 20 terkorban dan 450 mengalami kecederaan.

Menerusi kenyataan di laman media sosial X, Kedutaan Iran di Beirut menafikan khabar angin tentang keadaan fizikal dan masalah penglihatan yang kononnya dialami oleh Amani, sambil menyatakan bahawa rawatannya berjalan dengan baik.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani dalam satu kenyataan berkata beliau mengutuk tindakan pengganas rejim Zionis, dan menganggapnya sebagai satu contoh pembunuhan beramai-ramai.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menerusi ciapannya di X, mengutuk apa yang disebutnya sebagai ‘keganasan Israel’, selepas mengadakan panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Lubnan, Abdallah Bou Habib. -Agensi/– HARAKAHDAILY 19/9/2024

– Advertisement –

Scroll to Top