PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola gembira dengan prestasi pasukannya walaupun diikat 1-1 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Sabtu.
Juara bertahan EPL itu menampilkan persembahan yang lebih baik tetapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas jaringan lewat Trent Alexander-Arnold membatalkan gol pembukaan Erling Haaland.
Keputusan itu bermakna City kini menduduki tempat kedua dalam carta EPL selepas Arsenal memintas mereka susulan kemenangan ke atas Brentford.
“Pemain agak kecewa di bilik persalinan, tetapi ia adalah permainan yang sangat hebat. Statistik atau siapa yang lebih berhak menang, ia tidak dikira.