LONDON: Harapan West Ham bagi mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan berakhir selepas seri 1-1 berdepan Brighton awal pagi tadi manakala Leeds membelasah Burnley 4-0 di Turf Moor dalam saingan dibayangi pergaduhan antara Ezgjan Alioski dan Dwight McNeil.
Skuad Hammers kini lima mata di belakang empat pasukan teratas berbaki dua perlawanan selepas dua gol lewat di Stadium Amex.
Gol Danny Welbeck memberikan gol pembukaan buat Brighton hanya enam minit sebelum tamat permainan dengan pelawat cuba mencari gol kemenangan.
Pemain gantian Said Benrahma menyamakan kedudukan yang juga gol pertamnya dalam Liga Perdana tiga minit kemudian, namun satu mata dipungut meletakkan skuad kendalian David Moyes masih di tangga keenam.
“Ia jelas teruk kerana kami menyasarkan Liga Juara-Juara,” kata pemain tengah West Ham, Declan Rice yang kembali selepas cedera.
“Kami tidak boleh bergantung kepada pasukan lain untuk tewas. Kami perlu bermain dan menang. Kami terlalu banyak seri dan kalah sedikit.”
West Ham bernasib baik kekal di liga utama musim depan pada perlawanan terakhir namun memberikan cabaran hebat untuk tempat ke Eropah dan masih boleh bermain dalam Liga Europa jika menang dua perlaewanan terakhir mereka. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




