Serian rekod IPU tahap bahaya, 495 setakat 7 pagi tadi

asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tahap jerebu di Serian, Sarawak semakin buruk apabila bacaan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat kepada 495 setakat 7 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati IPD Serian, satu-satunya kawasan di negara ini merekodkan IPU tahap bahaya melebihi 300.

Tiga lokasi di Sarawak merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching iaitu 289, Samarahan (265) dan Sri Aman (250).

Enam lagi kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sarikei (181), Sibu (174), Mukah (169), Bintulu (159), Samalaju (153) dan ILP Miri (149).

Sebelum ini, media melaporkan operasi pembenihan awan sedang dilaksanakan di kawasan dilanda jerebu terutama yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150, selain kawasan empangan yang menunjukkan penyusutan paras air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata operasi itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top