Meskipun dikritik dengan pelbagai kecaman susulan video nyanyiannya yang dikatakan sumbang, pelakon dan penyanyi, Fazura kelihatan tidak berkecil hati sebaliknya enggan bersedih dengan apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna media sosial yang juga merupakan peminat penyanyi itu berkongsi kiriman balas berupa perbualan diantara dirinya dan Fazura.
“Saya sedih tengok awak nyanyi seorang diri tadi.
“Tapi kan dalam hati cakap kuatnya awak boleh hadap sorang-sorang nyanyi lagu tu tanpa setitis air mata pun. Saya yang dengar sedih sampai keluar mata. Serius Kak Faz memang kuat. Semoga diberikan kebahagiaan,” katanya.
Terharu dengan kata-kata positif dari peminatnya, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, tampil memberikan respons dan memaklumkan dia kini dalam keadaan yang tenang.
“Jangan sedih, Alhamdulillah hati pun dah tak ada sepenuhnya pada yang lepas.
“Kak Faz happy dan tenang sangat dah… Syukur, Peluk Fatin. Terima kasih Fatin sayang, Take care dan happy selalu juga ya,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet menyokong tindakan Fazura yang dilihat masih berdiam diri dengan isu yang timbul.
Bahkan, menyifatkan pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappodoccia itu sebagai seorang yang baik hati dan sentiasa merendah diri.




Terdahulu, Fazura masih tidak memberikan sebarang respons mengenai video nyanyiannya yang tular.
ARTIKEL BERKAITAN:Dakwa Difitnah Individu Wanita, Fazura Buat laporan Polis
ARTIKEL BERKAITAN:Sharnaaz Ahmad Komen Nyanyian Fazura, Minta Asah ‘Skill’ Nyanyian – “Bila Dia Kena Macam Ni Aku Kesian”
ARTIKEL BERKAITAN:Rashidi Ishak Sifatkan Fazura ‘Tone Deaf’, Mohon Pengurus Cari Guru Vokal – “Saya Pasti Dia Boleh, Terpulang Nak Atau Tak Nak Je”
ARTIKEL BERKAITAN:Anggap Suara Lebih Kurang Fazura, Sharnaaz Ahmad Seloroh Ada Peluang ‘Keluar’ Single
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”
ARTIKLE BERKAITAN:[VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”



