Serlah kecantikan, hapus piawai kecantikan ketinggalan zaman

Serlah kecantikan, hapus piawai kecantikan ketinggalan zaman

PLATFORM media terkemuka Media Prima SAYS, Seismik, JUICE, dan Mashable Southeast Asia mengumumkan kerjasama inovasi bertujuan untuk mempromosikan keterangkuman dalam industri kecantikan.

Pencarian duta diadakan di seluruh negara untuk mengenalpasti duta kecantikan inklusif dari pelbagai latar belakang, status dan perjalanan hidup yang menggambarkan rakyat Malaysia.

Ujibakat dijalankan sehingga 10 Jun 2023 dan ia terbuka kepada rakyat Malaysia dari semua peringkat umur, jantina, warna kulit, jenis badan, ketinggian serta etnik.

Industri kecantikan mengorak langkah dengan mengiktiraf kepentingan mewakili semua latar belakang, kaum, jantina dan kemampuan.

Ia bertujuan untuk menyediakan platform kepada rakyat Malaysia yang bersedia menentang piawai kecantikan tradisional.

Peserta berpeluang untuk memperagakan kecantikan, berkongsi kisah peribadi mereka, menyatakan visi mereka untuk industri yang lebih menyeluruh, dan menjadi sebahagian daripada kempen ini.

Duta inklusif terpilih akan dipaparkan di SAYS, Seismik, JUICE, dan Mashable Southeast Asia melalui temubual, foto dan video serta berpeluang untuk berada di papan iklan di Lembah Klang.

Mengetuai kempen ini adalah pempengaruh REV iaitu Nandini Balakrishnan, Aina Mariah, Syuhada Rahim, Danial Martinus, dan Robert Lee.

Ketua Bahagian Video SAYS dan duta untuk kempen kecantikan inklusif, Nandini berharap kempen ini dapat mencetuskan perubahan aktif yang akan menjadikan semua ruang benar-benar inklusif dan mewakili realiti sebenar.

‘Kecantikan inklusif’ untuk setiap orang

Sebagai sebahagian daripada inisiatif itu, SAYS, Seismik, JUICE, dan Mashable Southeast Asia melancarkan kempen kecantikan inklusif menakjubkan, yang menampilkan laman sesawang khusus.

Platform ini akan berfungsi sebagai pusat kandungan menarik, termasuk temubual eksklusif bersama pakar industri, artikel yang merangsang pemikiran mengenai keterangkuman dalam kecantikan, video yang menarik dan banyak lagi.

Kempen ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, di mana individu boleh berhubung, belajar dan meraikan kebersamaan.

Ketua Rangkaian Bahasa Inggeris REV Media Group, Laila Zain berkongsi keterujaannya untuk mencipta platform orang ramai boleh berkumpul untuk meraikan dan menghargai kecantikan dalam setiap individu.

Manakala Ketua Bahagian JUICE, Ben Liew, berkata menjadi diri sendiri dan bukannya mematuhi piawai kecantikan itulah yang akhirnya menjadikan seseorang itu menarik.

Sementara itu, Pakar Kandungan Utama Mashable Southeast Asia, Sukhbir Cheema, berkata melalui kerjasama dengan SAYS, JUICE, dan Seismik, menyasarkan untuk memberi perspektif mengenai

Katanya, setiap orang cantik dengan cara mereka sendiri dan ini adalah sebab untuk meraikannya.

Mereka yang ingin mendaftar, boleh mengisi maklumat di sini: bit.ly/inclusivebeauty.

Layari laman web SAYS untuk mengetahui mengenai kecantikan inklusif dengan lebih lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top