Umum sedia tahu walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudah semakin dilonggarkan, namun urusan rentas negeri tanpa alasan kukuh masih belum dibenarkan.
Jadi, semua masyarakat Malaysia tidak dibenarkan sama sekali melanggar syarat tersebut atau sanggup membayar kompaun yang telah ditetapkan kerajaan.
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter menggunakan nama akaun chachimi, dia telah mendedahkan satu pasangan instafamous yang mengakui menggunakan surat kebenaran merentas negeri semata-mata untuk berbulan madu.
Hal tersebut pastinya membuatkan warganet berang kerana menerusi IG story Instafamous berkenaan, mereka dengan selamba menjawab beberapa pertanyaan berkenaan cara-cara mendapatkan kebenaran merentas negeri untuk pergi berbulan madu.
Hal tersebut sudah tentu membuatkan warganet berasa bengang kerana jawapan-jawapan yang diberikan mengundang lebih banyak kecaman berhubung isu sensitif ini.
Rata-rata warganet turut sama meninggalkan komen dengan mempertikai tindakan Instafamous tersebut yang langsung tidak sensitif kerana memuat naik kenyataan serta gambar berbulan madu sedangkan orang lain masih mematuhi arahan berkenaan.
Menurut warganet lagi, ia bukan berkenaan kebenaran PDRM, tetapi lebih kepada sifat kurang peka Instafamous tersebut yang memuat naik trip honeymoon sedangkan ramai rakyat tidak boleh merentas negeri lagi.
Namun begitu, ada juga yang menyebelahkan Instafamous tersebut kerana pasangan berkenaan pergi berbulan madu dengan kebenaran.
Sumber: snhkimy