Sertai komuniti pencinta Rasulullah bersama Yayasan Sofa

SEREMBAN – Tanggal 12 Rabiulawal, pasti menjadi tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi seluruh dunia.

Ini kerana ia adalah tarikh kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Seperti qasidah yang dialunkan setiap kali menjelang Maulidul Rasul di mana sekiranya dihayati maksudnya, menyatakan betapa kelahiran Baginda SAW membawa kegembiraan kepada seluruh alam.

 

Yayasan Sofa ingin mengajak umat Islam di Malaysia menyertai komuniti 50,000
Pencinta Rasulullah SAW bagi menzahirkan hadiah cinta buat Rasulullah SAW.

Malah penghuni langit dan bumi turut mengucapkan kesyukuran di atas kelahiran Baginda SAW. Maka itulah yang perlu dirasakan semua umat Islam.

Tahun ini, 12 Rabiulawal jatuh pada 19 Oktober 2021. Aura kehadiran tarikh kelahiran Rasulullah SAW kini mula dirasai sama ada di peringkat negeri juga kebangsaan dengan pelbagai program Cinta Rasul diadakan.

Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Abd Hamid berkata, sempena sambutan Bulan Kelahiran Agung, Baginda Nabi Muhammad SAW tahun ini, Yayasan Sofa ingin mengajak umat Islam di Malaysia menyertai komuniti 50,000
Pencinta Rasulullah SAW bagi menzahirkan hadiah cinta buat Rasulullah SAW.

Beliau berkata, komuniti 50,000 Pencinta Rasulullah SAW adalah mereka yang mahu berinfaq RM100 sebagai tanda sokongan kepada Yayasan Sofa dalam melahirkan generasi pewaris Rasulullah SAW.

Katanya, ia sama seperti apabila kita sayangkan seseorang, kita akan pelihara pusaka yang ditinggalkan. Begitu juga apabila kita sayangkan Rasulullah SAW, pusaka peninggalannya iaitu al-Quran dan Hadis perlu dipelihara dan diamalkan agar terus berkekalan hingga akhir zaman.

“Inilah yang kami laksanakan, menjaga pusaka Rasulullah SAW dengan mendidik dan melahirkan seramai mungkin generasi muda yang menguasai ilmu al-Quran dan Hadis.

“Semua infaq daripada 50,000 Pencinta Rasulullah SAW ini akan disalurkan kepada pembinaan Kompleks Islam As Sofa Mantau di Seremban, yang bakal menempatkan kira-kira 3,000 pelajar Tahfiz dan Turath.

Katanya, kompleks ini akan menjadi institusi terbesar diusahakan Yayasan Sofa di mana ia lebih eksklusif dan selesa untuk penuntut ilmu malah setanding institusi pengajian tinggi lain yang terdapat dalam negara ini.

“Kompleks Islam As Sofa Mantau yang akan dibina di atas tanah berkeluasan 2.7 hektar ini membabitkan kos pembangunan kira-kira RM55 juta bagi menyediakan prasarana terbaik untuk penuntut ilmu.

“Di sini akan terletaknya kampus tetap Kolej Islam As Sofa untuk pelajar dalam dan luar negara, kelas untuk pelajar peringkat menengah, surau yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa, canselori, bangunan pentadbiran, perpustakaan,
dewan makan dan kafe serta penginapan untuk warga emas.

“Kompleks ini juga akan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 penduduk sekitar Seremban yang ingin mendalami ilmu agama dengan menyertai program kerohanian dan pengajian yang akan diadakan dari masa ke semasa,” katanya.

Mohd Hanif turut menyeru kepada semua umat Islam negara ini supaya terus memberi sokongan kepada Yayasan Sofa menerusi projek-projek pembangunan Maahad Tahfiz dan Turath termasuk Kompleks Islam As Sofa Mantau.

“Sama-sama kita rebut peluang ini kerana sedekah itu adalah amalan disukai Rasulullah SAW. Semoga setiap satu infak anda itu dapat membantu pelajar tahfiz meneruskan pusaka yang ditinggalkan Baginda SAW untuk memimpin masa depan
agama dan negara.

“Sama-sama kita menyemai di dunia dan hasilnya kita tuai di akhirat kelak,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi Yayasan Sofa di 8601881873 atau hubungi nombor Hotline di 06-2230133 atau 013 2412919 dan boleh juga melayari laman web www.yayasansofa.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut.- MalaysiaGazette