Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas berkongsi sepotong video pendek bersama penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi platform media sosialnya.
Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq yang duduk di sebelah Bella kelihatan menyanyikan lagu latar ‘Ready For It’ nyanyian Taylor Swift sampil merakamkan momen manis berkenaan.
“Sesi jerit- menjerit untuk hilangkan stress,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya teruja melihat pasangan berkenaan, lebih-lebih lagi apabila Bella kembali tersenyum selepas melalui episod kontroversi ketika Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini.
Tidak habis disitu, Bella yang tampil anggun mengenakan busana berwarna putih yang dipadankan dengan rantai leher tertera tulisan namanya dan loket berpangkal huruf ‘S’ mengundang tanda tanya.
Malah, rata-rata peminat berteka-teki bahawa loket tersebut adalah simbolik kepada nama Syed Saddiq.