“Sesuai ni, kahwin jelah!” – Ramai cuba jodohkan Nadia Brian & Zizan Razak

Tindakan pelakon Nadia Brian memuat naik gambar bersama artis serba boleh, Zizan Razak di laman Instagram mengundang usikan peminat dan pengikutnya.

Difahamkan, mereka berdua telah digandingan dalam sebuah filem berjudul Rumah Maduku Berhantu yang sedang menjalani penggambaraan arahan Prof A Razak Mohaideen.

“Sweet friendship refreshes the soul🤍😘 @zizanrazak869 ! Thank you team #RumahMadukuBerhantu 💗👻 Had a amazing experience❤️ #NadiaBrian,” tulisnya dipenuhi dengan emoji ‘kasih sayang’.

Posting tersebut menerima 17,400 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mengatakan Zizan dan Nadia nampak serasi dan sepadan selain mendoakan agar mereka berdua bertemu jodoh.

Malah, Zizan atau nama penuhnya Mohammad Razizan Abdul Razak turut meninggalkan komen beserta emoji ‘hati’ pada gambar berkenaan.

Terdahulu, Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkahwin dengan ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 sebelum bercerai talak satu, awal bulan ini.

Sumber: Instagram Nadia Brian