Penyanyi terkenal, Shila Amzah meluahkan rasa terima kasih yang mendalam kepada suaminya, Ubai MZ atas kasih sayang dan keikhlasan yang ditunjukkan sepanjang perkahwinan mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Shila menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang bukan sahaja penyayang, malah sentiasa membimbingnya ke arah lebih baik.
Terima kasih kerana menjadi suami yang baik dan sentiasa betulkan saya bila saya silap.
Anak Shila Amzah dilayan Ubai seperti anak sendiri

Apa yang lebih menyentuh hati, Shila turut berterima kasih kepada Ubai kerana menyayangi anaknya, Seth Uwais, hasil perkahwinan terdahulu, seperti anak kandung sendiri.
Terima kasih kerana layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri. Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat,” luahnya penuh emosi.
Shila menzahirkan rasa terharu kerana dalam dunia hari ini, sukar mencari insan yang mampu menerima anak tiri dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Hormat jadi asas kebahagiaan

Dalam perkongsiannya, Shila turut menegaskan kepentingan saling menghormati dalam rumah tangga, yang menjadi kunci kekuatan hubungan mereka.
Untuk info, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan kini bahagia bersama seorang anak perempuan mereka, Rhea Akira.
Pssttt! Kasih sayang tak kenal status anak tiri atau kandung, semuanya layak disayangi. Moga lebih ramai lelaki mencontohi Ubai dalam menjadi figura bapa yang sebenar.
Kredit: Instagram Story
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.