Setahun simpan duit kahwin, pemuda pecah tabung berjaya kumpul RM19k

Setahun simpan duit kahwin, pemuda pecah tabung berjaya kumpul RM19k

Usaha setiap orang dalam menggapai impian sememangnya ada pelbagai cara. Semangat tersebut harus ditanam andai mempunyai target yang jelas dan yang paling penting tidak mudah berputus asa.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda yang gigih menabung selama setahun demi menghalalkan insan tersayang bagi dijadikan permaisuri dalam hatinya.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shafiq Shaifullah, dia telah berkongsi kenangannya yang menabung selama setahun bermula dari Januari 2020 sehingga awal tahun 2021.

@double_s95

Alhamdulillah, Hari ni Selamat pecahkan tabung kawin walaupun dahh lama kawin…#tabungkahwin #tabungsimpanan #fyp #viral #hasiltitikpeluhsendiri#tiktok

♬ original sound – ηιzzαмzαιηαℓ – ηιzzαмzαιηαℓ

 

Berkat kegigihannya bekerja siang dan malam demi melangsungkan pernikahan, dia berjaya mengumpul RM19,000 tunai dan dijadikan modal untuk berkahwin.

Apa yang menariknya, dia telah menyiapkan satu tabung khusus untuk perkahwinannya yang ditulis nama pasangan serta doa agar tujuan murni yang dihajatkan dapat direalisasikan.

Alhamdulillah, pada Mac 2021 dia dan pasangan sah bergelar suami dan isteri.

@double_s95

Reply to @mr_pokding Okey bang slow☑️Azizul Azli dgn Kak lopah saya bnyak belajar dari dia tentang saving👍

♬ bunyi asal – _Nblnzri – _Nblnzri🦖

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang bertanya tips bagaimana untuk menyimpan duit dengan tertib sehingga berjaya sepertinya.

Mereka juga kagum dengan semangat pemuda tersebut yang berusaha bersungguh-sungguh demi memastikan impiannya tercapai.

 

 

 

Sumber: TikTok @double_s95

Scroll to Top