“Setiap Nota Talita Nyanyikan Adalah Doa Yang Terbang Kepadamu” – Perkongsian Buat Arwah Siti Sarah

“Setiap Nota Talita Nyanyikan Adalah Doa Yang Terbang Kepadamu” – Perkongsian Buat Arwah Siti Sarah

Oh! Artis

Menjelang grand finale TTMM, luahan buat arwah Siti Sarah undang sebak.


Di Instagram, luahan buat Allahyarham Siti Sarah mengenai Thalita yang sedang menceburkan diri dalam bidang nyanyian mengundang sebak ramai.

Hantaran itu menyatakan bakat yang ada pada Thalita bukan untuk mengganti atau meniru ibunya sendiri.

BACA: Shuib Bersyukur Dapat Kembali Ke Grand Finale TTMM, Doa Thalita Terus Kuat Walau Belum Sihat

“Bakat Talita bukan untuk mengganti, tapi doa buat ibu”

Namun, bakat nyanyian adalah anugerah dan setiap nota yang didendangkan Thalita adalah doa buat ibunya.

Bakat yang ada pada Talita bukan untuk mengganti, apatah lagi meniru dirimu. Ia adalah anugerah dan setiap nota yang Talita nyanyikan adalah doa yang terbang kepadamu.

Tambah kapsyen itu lagi, Thalita menyanyi bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi untuk menghiburkan hati ramai orang sama seperti yang dilakukan oleh arwah Siti Sarah suatu ketika dahulu.

Talita menyanyi bukan untuk diri sendiri, tapi untuk menghiburkan hati semua, seperti mana ibu pernah lakukan dulu. Semoga suara ini terus menjadi cahaya, walau tanpa hadirmu di sisi.

Netizen turut sebak

Thalita

Luahan tersebut berjaya menyentuh perasaan ramai apabila ratusan orang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata semangat buat keluarga arwah.

Ramai turut memuji semangat kecil Thalita yang dilihat mewarisi bukan sekadar bakat, tetapi juga kasih dan jiwa seni ibunya.

Pssttt! Walaupun jasad sudah tiada, kasih ibu tetap kekal dalam setiap hela nafas dan suara anak. Apa yang dikongsikan ini benar-benar mengingatkan kita bahawa cinta seorang ibu tak pernah hilang, ia hanya bertukar bentuk menjadi doa, kenangan dan semangat untuk anak terus melangkah.

Kredit: Instagram Siti Sarah Raissuddin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top