Pelakon dan selebriti, Raf Yaakob, menegur segelintir netizen yang gemar mencampuri urusan peribadi orang lain sehingga sanggup melemparkan komen negatif tanpa mengetahui kisah sebenar.
Menerusi hantaran di platform Threads, Raf mengingatkan orang ramai supaya menghentikan tabiat suka ‘menilai’ hidup orang lain, apatah lagi bertindak seperti hakim.
“Normalise untuk tidak campur urusan orang lain. Tak perlu komen negatif dan tak perlu jadi hakim. Lebih baik jaga urusan orang-orang yang terdekat seperti pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik dan kawan baik,” katanya.
Raf turut menekankan pentingnya menjaga adab ketika memberi pandangan, tidak kira secara terbuka atau diam.
“Jangan fitnah dan tak perlu jadi judge seolah-olah kita ni Tuhan. Cukuplah doa yang baik-baik saja pada mereka. Nak komen sangat, buat secara senyap dan perlu ada adab,” tambahnya.
Mengakui setiap individu membawa ‘perang’ tersendiri, Raf menyifatkan tindakan menilai orang lain tanpa mengetahui apa yang mereka lalui sebagai sesuatu yang tidak wajar.
“Jadi insan yang baik, semua orang sedang berperang dengan perkara yang awak tak tahu. Here’s the moment of truth, you were never part of their story to begin with,” ujarnya.
Artikel Berkaitan: “Bila Saya Kata Busy Cari Nafkah, Tolong Faham” – Raf Yaakob Terbuka, Izin Pasangan Akses Telefon 24 Jam




