Shahida didik anak kepentingan pengurusan jenazah – “Moga nanti boleh urus jenazah mama, abah”

Shahida didik anak kepentingan pengurusan jenazah – “Moga nanti boleh urus jenazah mama, abah”

Isteri kepada usahawan terkenal, Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menekankan kepentingan tanggungjawab fardu kifayah, khususnya berkaitan pengurusan jenazah dalam mendidik anaknya, Ammar Ahyan.

Didik anak pengurusan jenazah

Screenshot

Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida menjelaskan bahawa perkara sebegitu sudah lama diterapkan oleh ibu bapanya sejak dahulu lagi.

Menurutnya, didikan itu kini mahu diteruskan kepada anak-anak sebagai persediaan awal berdepan realiti kehidupan.

“Dulu masa ayah dan mama masih ada, wajib kalau ada orang meninggal kena datang. Mereka akan hubungi setiap anak untuk hadir jika ada kenalan atau saudara yang meninggal dunia.
“Tapi bila ayah dan mama dah tiada, mama pula dah terbiasa dan nak ajar anak-anak supaya jadikan ini sebagai satu tanggungjawab fardu kifayah,” katanya.

Tambah Shahida, dia mahu anaknya, terutama Ammar Ahyan, memperoleh pengalaman dalam menguruskan jenazah agar lebih bersedia jika terpaksa berdepan dengan kehilangan pada masa akan datang.

Screenshot

“Terutama Ammar Ahyan untuk dapatkan pengalaman pengurusan jenazah. Mudah-mudahan suatu hari nanti bila mama dengan abah dia dah tiada, dia mampu uruskan kami berdua. Mandikan kami, solatkan kami dan uruskan pengebumian kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shahida turut berharap anak sulungnya itu mampu menjadi contoh terbaik kepada adik-beradik lain dalam memahami kepentingan tanggungjawab tersebut.

“Semoga Ammar menjadi contoh buat adik-adik yang lain,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Pekerja D’Herbs syukur ditaja tunai umrah, sifatkan syarikat terbaik – “Kerja bukan sekadar gaji”

Terdahulu, usahawan itu menerima pujian daripada orang ramai apabila berkongsi rutin dan tradisi keluarganya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Difahamkan, setiap tahun mereka sekeluarga memilih untuk menyewa sebuah homestay sebelum berkumpul bersama ahli keluarga terdekat di Sungai Besar, Selangor.

Tujuan menyewa homestay untuk memudahkan urusan kunjungan tidak mahu anak-anak terlepas peluang untuk mengenali saudara-mara dengan lebih rapat memandangkan kebanyakan mereka jarang bertemu pada hari biasa.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Scroll to Top