Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida Mohd Rashid tampil memberi kata-kata semangat kepada golongan peniaga yang sedang berdepan cabaran dalam dunia perniagaan.
Bertuah suami tak mudah putus asa

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida memahami kesukaran yang dihadapi usahawan, terutama ketika ramai yang gagal mempertahankan perniagaan masing-masing.
Menurutnya, pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan bukan sesuatu yang asing buat dirinya dan suami.

“Pagi-pagi ini baca luahan orang bisnes… ramai yang tidak mampu bertahan. Satu sahaja saya nak cakap, jangan putus asa.
“Saya sendiri pernah jatuh, jual kereta, terpaksa refinance rumah kami, berdepan isu LHDN melibatkan puluhan juta, akaun bank dibekukan dan perniagaan sendiri perlahan,” katanya.
Dalam masa sama, Shahida menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai suami yang sangat kuat semangat dan tidak mudah mengalah dalam mencari jalan untuk bangkit semula.
“Saya sangat bertuah, suami saya sangat bersemangat dan tidak putus asa. Macam-macam usaha dia lakukan untuk bangkit kembali,” ujarnya.

Tambah Shahida, tempoh sukar itu turut memberi kesan kepada operasi syarikat apabila sebahagian kakitangan terpaksa diberhentikan.
Bagaimanapun, beliau mengajak semua usahawan untuk terus cekal dan tidak mudah menyerah kalah dalam menghadapi cabaran perniagaan.
“Ramai staf yang terpaksa berhenti masa tu juga. Jom sama-sama kita berjuang. Kita boleh,” tambahnya lagi.
Artikel lain: Shahida label Aliff Syukri artis paling sombong – “Saya call tak angkat, katanya sibuk tiada masa”
Terdahulu, Shahida mencuri perhatian apabila berseloroh mengenai sikap suaminya yang disifatkan sebagai artis paling sombong.
Kenyataan itu dibuat sekadar gurauan apabila dia mendakwa suaminya amat sukar untuk dihubungi sama ada melalui mesej atau panggilan telefon.
Sumber: Threads shahidadherbs



