Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila berkongsi perasaannya mengenai keterujaannya melihat bayi baru dilahirkan.
Nak mengandung lagi

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida meluahkan rasa gembira setiap kali melihat bayi yang baru dilahirkan, malah mengakui naluri keibuannya masih kuat meskipun usia semakin meningkat.
Menurut Shahida, perasaan geram melihat bayi baru lahir membuatkan dirinya turut teringin untuk merasai pengalaman tersebut sekali lagi.

“Naluri mak-mak ni tengok orang dapat baby, kita pun nak juga tapi dah tua,” ciapannya, hari ini.
Tambah Shahida, perasaan geram melihat bayi baru lahir membuatkan dirinya turut teringin untuk merasai pengalaman tersebut sekali lagi.
Screenshot
“Geram betul tengok baby-baby baru lahir ni,” tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya memahami perasaan seorang ibu, malah ada yang turut mendoakan agar hasrat Shahida untuk menimang cahaya mata lagi dipermudahkan.
Hint tu

Boleh lagi tu

Semoga dipermudahkan

Artikel lain: Rumah tangga pernah bergelora, Shahida syukur jodoh dengan Aliff Syukri masih panjang
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sumber: Threads shahidadherbs



