KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelaskan pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi perbadanan itu berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020.
PR1MA dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Arau itu dilantik secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada tarikh itu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai pengerusi PR1MA ketika mengadakan lawatan ke ibu pejabat PR1MA di Petaling Jaya semalam.
Pada majlis itu, Zuraida turut mengumumkan pelantikan Shahidan sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Malaysia berkuat kuasa Selasa. – BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd




