Shahrul Nasrun Direhatkan Sementara Dari Jawatan Bendahari Pemuda BN

Shahrul Nasrun Direhatkan Sementara Dari Jawatan Bendahari Pemuda BN

Trending

Akmal Saleh berkata, tidak masuk campur hal peribadi Shahrul Nasrun.


Baru-baru ini, tular di media sosial dakwaan melibatkan Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.

Dakwaan mengejutkan mengenai hal peribadi itu dibuat oleh bekas isterinya yang merupakan seorang usahawan popular.

Direhatkan untuk selesaikan urusan peribadi

Shahrul Nasrun

Memberi respon kepada dakwaan itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, berkata, Shahrul Nasrun direhatkan sementara daripada tugasnya.

Keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Shahrul Nasrun menyelesaikan urusan peribadi yang kini menjadi perhatian masyarakat.

Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya.

Terdahulu, Shahrul Nasrun yang baru je bertunang tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang melakukan jenayah siber buli.

Atas nasihat pihak guaman, Shahrul berkata akta akan terpakai bagi setiap ulasan “comment” daripada mana-mana pihak mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Hukuman boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan, termasuk denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun, atau kedua-duanya.

Pssttt! Langkah Shahrul direhatkan sementara dilihat wajar supaya segala urusan peribadi dapat diselesaikan tanpa menjejaskan imej parti. Harapnya kedua-dua pihak dapat menamatkan kemelut ini dengan matang dan bermaruah.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top