Oh! Negara
PM Anwar sahkan peletakan jawatan Shamsul Iskandar dan tegaskan siasatan bebas oleh SPRM.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Setiausaha Politik Kanan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan di Facebook, dengan Anwar merakamkan ucapan terima kasih atas segala khidmat yang telah dilakukan Shamsul sepanjang bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Bunyi macam ringkas, tapi sebenarnya banyak persoalan mula timbul selepas itu.
Dakwaan rasuah mula tersebar…
Dalam masa yang sama, Anwar menjawab dakwaan yang sedang berlegar tentang Shamsul. Beliau menegaskan komitmen kerajaan terhadap ketelusan dan integriti, sambil mengingatkan bahawa sebarang tuduhan perlu diserahkan kepada pihak berautoriti untuk disiasat tanpa tekanan atau pengaruh luar.
Menurutnya, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana siasatan termasuk terhadap pegawai sendiri. Itu sebab beliau menyatakan sendiri bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bebas menjalankan siasatan segera mengikut undang-undang.
SPRM bebas siasat Shamsul Iskandar…

Anwar berkata kerajaan MADANI kekal pada prinsip ketelusan dan integriti, dan proses siasatan perlu berjalan tanpa campur tangan mana-mana pihak. Semua ini dibuat bagi memastikan setiap dakwaan ditangani secara adil dan profesional.
Di media sosial pula, Shamsul semalam mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama selepas Malaysiakini meminta komennya berkaitan dakwaan bahawa dirinya menerima RM600000 daripada ahli perniagaan Albert Tei.
Shamsul menjelaskan bahawa keputusannya dibuat kerana terdapat percubaan untuk menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. Pada masa sama beliau menegaskan bahawa dirinya akan mempertahankan diri.


Pssttt! Bila timbul isu serius macam ini, korang jangan cepat sangat buat kesimpulan. Bagi ruang untuk siasatan dijalankan secara adil dan terbuka. Dalam apa sahaja hal, ketelusan adalah kunci untuk pastikan kepercayaan orang ramai tidak hilang begitu sahaja. Ohmedia sentiasa ingatkan korang, sabar dan tunggu hasil siasatan sebelum membuat penilaian.
Kredit: Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!





